.
pernah satu malam aku lepak (kali ni aku betul-betul melepak tapi dengan keizinan encik kito) bersama 2 orang kawan aku hingga lewat malam...asalnya nak makan malam je tapi bila banyak sangat topik dan makanan pun dah abih, kami pun...'mamak, tambah sirap lagi 3'
.
begitulah kami malam tu bersembang hingga aku rasa takmo balik umah...seronok dapat berkongsi masalah dengan kawan-kawan...rupa-rupanya bukan aku sorang yang tersepit bawah roda...ramai lagi yang senasib...dan yang pastinya, semua orang pernah alami masalah cuma jalan ceritanya sahaja yang berbeza...
.
dan yang ajaibnya, tak keluar langsung topik mengenai lelaki! ahahahaha mmg ajaib...betul tak wahai sahabat-sahabatku?
.
banyak yang aku pelajari sepanjang menghadapi permasalahan ni...kini baru aku sedar siapa yang sudi dan mampu bersama-sama aku mengharungi kedukaan aku ni...
.
apa yang aku terkilan sangat, sikap saudara-mara aku...mmg aku tersangat kecil hati pada mereka...bukan soal wang ringgit tapi cukuplah sekadar telefon dan tolong tenangkan mak aku...susah sangat ke nak telefon tanya khabar?
.
kalau nak ikutkan rasa geram (tak mustahil boleh bertukar dendam), aku pun boleh buat macam yang mereka buat...apa beza dorang wujud ataupun tidak dalam hidup aku...mmg tak ada fungsi pun sekadar status bergelar makcik/pakcik buat aku...
.
mak aku pernah berkorban dari segi tenaga dan masa untuk keluarga mereka...sikit pun tak dihargai...apa yang mak aku selalu bagitau...'biar la...nanti kita susah, sedara-mara jugak yang kita cari'
.
dan ternyata apa yang mak aku cakap tu salah!
.
bagi aku, orang pertama yang aku perlu cari sekiranya ada apa-apa masalah adalah SELAIN dari sedara-mara...
.
setiap orang tak sama hubungan kekeluargaan mereka...mungkin nasib korang lain dan begitu jugak aku...dah ditakdirkan begini nasib kami, jadi kami kena terima...bersyukurlah sekiranya nasib korang tak macam aku...
.
terima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi cerita suka duka aku selama ni...aku tak mintak lebih pun, cukuplah hanya tadahan telinga walaupun sebelah telinga je...sekurang-kurangnya aku akan rasa lega untuk mengembalikan semangat aku balik...
.
p/s : bila dah sedih, amatlah letih nak berpura2 hepi...